NIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DI KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE

Thursday, 24 September 2020

NIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DI KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE


 Assalamualaikum and hye readers.



Punya lah lama ai pasang niat nak mandi sungai, akhirnya dapat juga menikmati kesejukkan air sungai sambil cuci-cuci mata menikmati keindahan alam semulajadi di Kalumpang Resort & Training Centre. Terima kasih banyak-banyak pada bapa mertua ai sebab teringin nak mandi sungai. Semua bersetuju tanpa bantahan. Hahaha!



Pada mulanya, kami sekeluarga bercadang untuk ke Janda Baik sebab kebanyakkan resort-resort yang menarik yang dicadangkan ada di Janda Baik. Tapi kebanyakkan tempat sudah penuh. Yang tinggal hanyalah tempat-tempat yang tak memenuhi ciri-ciri yang kami cari ataupun mahal. Maklumlah, cuti kan. Ditambah pula dengan geng-geng travel oversea dah tak boleh ke luar negara. Hahaha! Tak apa, kita cari lagi. Jangan putus asa.



Sebelum kami buat keputusan untuk ke Kalumpang Resort, ai dah dapat tempat yang pada ai agak cantik di Janda Baik. Harga di website pun kena dengan bajet kami. Tapi! Customer service dia sangat teruk. Tak pasal-asal ai dah bergaduh. Malaslah nak cerita lebih-lebih, takut kena saman pula. Tapi ada hikmah kenapa kami tak jadi menginap di sana.



Nikmati keindahan semulajadi di Kalumpang Resort & Training Centre


Jalan nak masuk ke Kalumpang Resost agak kecil. Tapi jumlah kereta yang masuk agak banyak. Kalau cuti sekolah mesti sesak. Sampai di sana ada ramai polis sedang meronda. Tapi hanya di luar kawasan resort. Nasib baik ai teringat nak pakai mask, kalau tak melayang seribu. Terus tak seronok nak mandi-manda nanti. Dan macam biasa, di pintu masuk utama kena cek suhu dan scan kod sebelum dibenarkan masuk.





Kawasan Kalumpang Resort ni sangat besar. Terdapat berpuluh pilihan chalet termasuk asrama dan tapak perkhemahan disediakan. Chalet yang kami pilih betul-betul terletak di sebelah sungai. Siap ada tangga untuk terus ke dalam sungai. Untuk sampai ke chalet kena berjalan jauh sedikit. Tapi bila dah nampak sungai tu, terus hilang penat! Tak sabar nak terjun. Perkara pertama yang kami lakukan setelah letak barang-barang adalah bergambar. Dalam pukul 5 barulah kami mulakan aktiviti di situ iaitu berendam dan bbq. 




Kalau tanya pendapat ai pasal chalet, dalam chalet tu biasa sahaja. Tak ada apa yang istimewa. Kalau korang mengimpikan tempat tidur yang selesa, bukan di situ ya. Tapi untuk berehat, in syaa Allah lebih dari cukup. Penghawa dingin pun ada. Kalau pihak Kalumpang Resort menaik taraf tempat tu, mesti lagi cantik dan menarik. Dan mungkin harga tak dapat lah seperti sekarang.



Malam tu pula kami makan lebihan bbq dan nasi pek kembara. Senang je nak masak pek kembara tu. Masukkan air, tunggu sampai masak dan lepas tu dah boleh makan. Ada kedai untuk membungkus makanan. Dalam pukul 9.30 dah tutup. Pilihan lain korang kena keluar dari situ untuk mencari makan. Tapi musim covid ni, korang jangan ingat ada kedai 24 jam pula. Kebulur nanti tak keluar cari makan awal-awal.




Esoknya, selepas subuh mak cik ai dah ajak melawat sekitar kawasan Kalumpang Resort. Memang besar sangat kawasannya. Memang tempat ni sesuai untuk buat team buiding atau hari keluarga. Kalau nak berendam tapi tak nak mandi sungai, kolam renang juga disediakan. Sumber air masih dari sungai. Jadi, kenapa nak mandi kolam kalau ada sungai yang lebih menyeronokkan? Hahaha!



Air sungai di bahagian atas jauh lagi cantik. Penuh dengan batu-batu. Seingat ai, sebelum pukul 8 pagi Encik Husband dah terjun ke dalam sungai tu. Airnya agak deras tapi masih selamat untuk mandi. Jaga anak-anak korang baik-baik lah. Jangan terleka. Tempat yang selamat pun boleh jadi bahaya kalau kita terleka. 




Pagi tu kami sarapan di tepi sungai. Banyak je tempat untuk berkelah dan korang boleh bentang tikar. Sarapan disediakan oleh pihak resort. Dia akan hantar dari bilik ke bilik. Jujur ai cakap, bila dah berendam, nasi goreng tu memang tak cukup. Nasib baik kami ada bawa roti dalam kuantiti yang banyak. Kalau tak, berkeroncong je lah perut masing-masing. Makanan yang pasti tak akan dilupakan adalah maggie!



Dah puas berendam di situ, kami sambung lagi berendam di depan chalet kami. Sampai nak dekat Zohor baru masing-masing reti nak naik. Bersihkan diri, kemas-kemas dan pulang. Oh ya, checkout pukul 12 tau. Tapi disebabkan hari tu bukan hari cuti dan atas budi bicara, kami dapat checkout lambat sikit.



Untuk percutian sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan mandi sungai, ai memang syorkan sangat korang pergi ke Kalumpang Resort & Training Centre ni. Memang puas hati. Kalau tak nak menginap di situ pun korang masih boleh mandi di sungai tersebut dengan bayaran RM10 seorang dewasa. Kanak-kanak ai tak ingat. Tapi, sila lah datang awal kalau pergi waktu cuti sekolah atau korang terpaksa berpatah balik sebab dah penuh.



Kalumpang Resort & Training Centre

Jalan Sg Inki, Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor, Selangor.

03-60491087



Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website https://www.kalumpangresort.com.my/.





aisyaismail

30 comments:

  1. Menenangkan..menarik tempat ni..Tgk namanya ingatkan kat Sabah

    ReplyDelete
  2. dasyat Husband ai tu..pukul 8 pagi dah terjun ke dalam sungai

    ReplyDelete
  3. jelesnya baca entry ni! hahaha
    bestnya berendam, bestnya makan tepi sungai, cantiknya tempat..subhanallah nak pergi jugak ni kalau ada rezeki ;)

    ReplyDelete
  4. syoknyaaaaaa nak berendam jugakkkkkk

    ReplyDelete
  5. Aisya..betul2 best stay sana..tenang je..lg2 boleh mandi sungai..sukeee <3

    ReplyDelete
  6. cantiknya tempat ni, anak2 kak pip paling suka kalau dapat mandi2 macam ni. dah lah bersih, tenang, udara segar pula tu.

    ReplyDelete
  7. Huish ada polis dekat situ meronda.. Pergh memg kene sentiasa pakai mask tu.. Kalumpung memng best..

    ReplyDelete
  8. Cantiklah resort nie.. nak cadangkan kt suami la gi sini bawa anak2..

    ReplyDelete
  9. Cantik juga tempat ni. Dekat pun dekat nak pergi berbanding Janda Baik tu kan. Nice view dan air sungai pun bersih je. Tq share. Ada rezeki teringin juga ke sini

    ReplyDelete
  10. Seronoknya tengok suasana kat resort ni. Tenang je.

    ReplyDelete
  11. Nice view kawasan ni kak. hihi. nasi pek kembara. First time GV dengar. mmg sesuai utk gi kembara dan jalan2x kan kak. huhu.

    ReplyDelete
  12. bersih dan mendmaikan..malam pun cantik tak seram hahahahha

    ReplyDelete
  13. tak pernah tau kewujudan tempat ni, thank you sharing ..mmg put in list dahhhhh sbb too cantik

    ReplyDelete
  14. tenangnya kalau dapat ke sini

    ReplyDelete
  15. cantik nya tempat... lawaa , best ni bawa family

    ReplyDelete
  16. bestnya.. dah lama teringin nak pi situ .. huhuhu ...

    ReplyDelete
  17. cantiknyaa...bila la boleh pergi tempat macam ni lagi..rindu sangat nature!

    ReplyDelete
  18. Wah cantiknya tempat ni. Boleh masuk list

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D